Sempena Ulang Tahun Koop Sahabat Yang ke-12 , Koop Sahabat Meraikan Tema 12 Years Journey Together Yang Diadakan Pada 29.8.2024 di Perkarangan Ibu Pejabat Koop Sahabat.
29 Ogos 2024 – Koop Sahabat telah menganjurkan Program KS 12 Years Journey Together sempena Ulang Tahun ke-12 Koop Sahabat dan Hari Kebangsaan yang di adakan di perkarangan Ibu Pejabat Koop Sahabat.
Program ini telah di rasmikan Oleh Puan Siti Azlin binti Ahmad Dauta, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Program ini turut meraikan kakitangan yang Sudah berkhidmat selama 5 serta 10 tahun dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan, Pengurusan Tertinggi Amanah Ikhtiar Malaysia, dan Anggota Sahabat sekitar Kuala Lumpur.
Koop Sahabat turut dihadiri oleh Barisan Anggota Lembaga, Perwakilan sekitar Selangor/KL serta Kakitangan Koop Sahabat.
Koop Sahabat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran program KS 12 Years Journey Together ini.
Tidak dilupakan juga, ucapan penghargaan kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Amanah Ikhtiar Malaysia, ekositem AIM, serta rakan penaja yang turut bersama dalam penganjuran kali ini.
#KoopSahabat
#DariSahabatKepadaSahabatUntukSahabat
#12tahunkoopsahabat


